Produk & Perkhidmatan

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Image

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PMINT 2021 - 2023 merupakan dasar yang mencerminkan komitmen PMINT untuk membanteras gejala rasuah dalam penyampaian perkhidmatan. OACP ini meliputi isu-isu dalaman berkaitan dengan kelemahan integriti, governans dan antirasuah yang harus ditangani secara menyeluruh. PMINT komited dan bertekad untuk memastikan segala inisiatif dalam OACP ini dilaksanakan dengan telus, berakauntabiliti dan berintegriti.

Kerangka pelan ini adalah hasil daripada perbincangan yang dijalankan di peringkat bahagian dan unit untuk membangunkan pelan yang lengkap meliputi semua aspek yang berkait rapat dengan Jabatan. Kerjasama semua pihak yang terlibat dalam membudayakan integriti merupakan gambaran komitmen yang tinggi demi menjayakan aspirasi jabatan.

Pelan ini juga diharapkan mampu mengatasi kelemahan integriti dan tadbir urus dalam organisasi. Maka, Pengurusan Tertinggi PMINT berjanji dan komited dalam membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan di PMINT melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa serta pengamalan nilai-nilai murni. Semoga dengan inisiatif ini hasrat untuk menjadikan Malaysia Bebas Rasuah menjadi realiti.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776140

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah