
BUKU KOD ETIKA adalah amat penting di dalam sesebuah organisasi untuk membina jati diri yang berkualiti dan keperibadian warga kerjanya. Kecemerlangan yang berterusan dalam sesebuah organisasi tidak bergantung pada pembaharuan sistem-sistem kerja dan teknologinya semata-mata, malah ia berkait rapat dengan tatakelakuan dan amalan nilai-nilai murni yang dihasilkan oleh kakitangannya. Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai murni di PMINT ini amat penting bagi mewujudkan suasana kerja yang kompeten dan kondusif.
Kod etika PMINT ini merupakan panduan asas bagi setiap warga kerja PMINT dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kod etika ini juga menyentuh tentang perkara-perkara seperti nilai-nilai bersama PMINT, etika kerja dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan semasa menjalankan tugas. Semua nilai yang terkandung di dalam kod etika ini mempunyai tujuan yang murni ke arah mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang baik dan profesional. Oleh yang demikian, warga kerja PMINT diharap dapat memainkan peranannya dengan cekap dan berkesan sepanjang masa melaksanakan tugas.