Produk & Perkhidmatan

Terma & Syarat

Berikut ialah terma dan syarat yang mengawal penggunaan Laman Web Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Anda perlu menyatakan hak dan kewajipan anda ketika mencapai dan/atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan dalam laman ini.

Jika anda mencapai laman web ini, anda mengaku dan bersetuju bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini, maka ini menjadi perjanjian antara anda sebagai pelanggan dengan kami, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, untuk mencapai dan/atau menggunakan portal ini.

Terma dan syarat ini mengatasi mana-mana terma dan syarat yang terdahulu yang mungkin telah anda terima atau capai sehingga tarikh ini melalui laman web ini. Penggunaan yang berterusan anda terhadap perkhidmatan ini akan dianggap sebagai persetujuan anda dengan terma dan syarat semasa ini.

 

Had Tanggungjawab

Bahawasanya anda memahami dan bersetuju bahawa Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa musibah kepada anda secara langsung, secara tidak langsung, secara kebetulan, secara khas, sebagai akibat atau sebagai teladan termasuk tetapi tidak terbatas kepada, musibah kerana kehilangan keuntungan, muhibah atau kerugian-kerugian lain yang tidak ketara yang terbit daripada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  • perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini;

 

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

 

Penamatan

Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Pengubahsuaian Terhadap Terma Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama terma piawai. Tajuk-tajuk yang digunakan dalam terma dan syarat ini untuk rujukan dan keselesaan sahaja dan tidak akan diambil kira dalam menafsirkan atau merangka terma dan syarat ini.

Jika mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat ini didapati haram atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau masa depan atau peraturan yang berkuat kuasa dan digunakan , peruntukan itu boleh asing sepenuhnya. Terma dan syarat ini akan dianggap sebagai peruntukan yang haram atau tidak sah itu tidak mengandungi bahagian daripada terma dan syarat ini dan peruntukan selebihnya dalam terma dan syarat ini akan kekal dengan kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang haram atau tidak sah itu atau pemutusannya daripada Terma dan Syarat ini.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776301

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah