Peranan PMINT adalah sebagai agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.
Objektif penubuhan PMINT adalah seperti berikut :-
- Untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
- Meningkatkan aktiviti ekonomi
- Pembangunan sumber tenaga manusia
- Memesatkan rancangan-rancangan pembangunan bandar dan luar bandar
- Meningkatkan serta memperkukuh asas ekonomi bumiputera dengan melahirkan Masyarakat
- Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Produk beli dan sewa :-
- Premis kediaman
- Premis perniagaan (kedai, ruang niaga dan ruang pejabat)
- Bengkel dan kilang industri kecil & sederhana (IKS)
Perkhidmatan :-
- Pengurusan kutipan bayaran sewa dan penyenggaraan Rumah Awam Kos Rendah
- Pengurusan sewa hartanah (kedai, ruang niaga, ruang pejabat, bengkel dan kilang IKS)
Sektor pelaburan aktif yang PMINT ceburi kini adalah melalui syarikat anak hakmilik penuh PMINT seperti berikut :-
- Sektor Perlancongan - Taman Tamadun Islam Management Sdn. Bhd. (Mengurus dan mengendalikan Taman Tamadun Islam)
- Sektor Perkilangan - Pertima Trengganu Sdn. Bhd. (Memproses, mengetin dan membekal bahan makanan)
- Sektor Pembinaan - P-Excell Management Sdn. Bhd.
- Sektor Perlombongan - Permint Minerals Sdn. Bhd. (Perlombongan dan pengurusan projek berkaitan perlombongan)
Aduan boleh disalurkan melalui :-
- Secara Online di laman web PMINT https://www.pmint.gov.my
- Secara talian mengikut jenis-jenis aduan :-
- Aduan Umum
Unit Perhubungan Awam di talian 09-6278021 - Aduan Kerosakan
Unit Jualan
09-6278056 (Encik Mohd Shafiq bin Nasir)
09-6278063 (Encik Nazrihisyam bin Ibrahim)
09-6278064 (Cik Normaslinda binti Mohd Ariffin) - Unit Sewaan
09-6278070 (Puan Nur Syazana binti Ruhaizad)
09-6278071 (Encik Abd. Rahim bin Zainal Abdin)
PMINT beralamat di Tingkat 14 Menara PMINT , Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.
Bahagian Jualan dan Sewaan berada di Tingkat Bawah, Menara PMINT. Sila klik untuk maklumat lengkap lokasi.
Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan yang diiktiraf oleh institusi kewangan berlesen (Bank). Syarat-syarat lain boleh klik di sini.
Projek perumahan yang sedang dirancang atau belum dibuka untuk jualan tidak boleh ditempah, walaubagaimanapun, anda boleh mendaftar sebagai prospek pembeli untuk projek tersebut dan nama anda akan diutamakan apabila jualan untuk projek tersebut dibuka kelak.
Klik di sini untuk mendaftar sebagai pembeli.
Pertama sekali, anda hendaklah mengisi borang permohonan sama ada secara online atau dapatkan borang di Kaunter Jualan Tingkat Bawah, Menara PMINT. Pembeli perlu memperolehi surat tawaran daripada PMINT terlebih dahulu barulah boleh membuat bayaran deposit dan pemilihan lot rumah.
Klik di sini untuk carta aliran proses jual beli.
Pembeli perlu menguruskan sendiri pinjaman.
Namun begitu, pihak PMINT dan peguam bersedia memberi kerjasama bagi menguruskan pinjaman pembeli.
- Untuk pinjaman kerajaan, pembeli boleh menguruskan pinjaman tersebut dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (Perbendaharaan Malaysia)
- Untuk pinjaman Bank, terpulang kepada pembeli untuk memilih pembiayaan perumahan dari mana mana bank yang dikehendaki.
Pembeli akan dimaklumkan oleh pemaju berkenaan bayaran baki beza dan peguam yang telah dilantik bagi urusan pindah-milik dan lain lain.
Merujuk kepada perjanjian jual beli, sesebuah projek perumahan perlu disiapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh surat perjanjian dibuat. Walaubagaimanapun, PMINT komited dalam menyiapkan semua projek mereka dalam tempoh tercepat atau mengikut purata 18 bulan untuk setiap projek
Proses membeli rumah boleh menjadi mudah dan boleh menjadi sulit bergantung kepada beberapa faktor seperti kemudahan kelulusan pinjaman, jumlah tunai yang ada. Di bawah ini adalah urutan proses jual beli rumah yang biasa dilalui untuk pembelian rumah baru:-
- Menyediakan Wang Tunai Yang Secukupnya
(10-20% daripada harga rumah) - Research & Survey Rumah Yang Ditawarkan & Pilihan Lain Jika Ada
(Harga, Lokasi, Kemudahan, Latar Belakang Pemaju) - Membuat Permohonan Dengan Pemaju
(Sediakan Dokumen Yang Berkaitan, Bayar deposit) - Membuat Permohonan Pinjaman Dengan Bank
(Sekurang-kurangnya 3 bank yang berlainan) - Menerima Tawaran Pinjaman
(Tandatangan Surat Tawaran/Letter of Offer oleh pihak bank) - Penyediaan Dokumen Perjanjian
(Perjanjian Jual Beli dengan Pemaju dan Perjanjian Pinjaman dengan Bank) - Tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P)
- Pembayaran Baki Oleh Pihak Bank Kepada Pemaju
(Perlu diselesaikan dalam masa 3 bulan selepas S&P ditandatangani-S&P siap) - Mula Membayar Ansuran Pinjaman Perumahan
(Sebulan selepas pihak Bank mula membayar kepada Pemaju) - Penyerahan Kunci
(Pemaju akan menyerahkan rumah dan semua hak yang berkaitan) - Pemeriksaan Kecacatan & Perolehan Sijil Layak Menduduki
(Periksa mengikut kondisi yang telah dipersetujui dalam S&P) - Kemaskini Maklumat Utiliti & Cukai Pintu
(Api, Air, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dll.)
Kebiasaannya dalam masa dua minggu dari tarikh anda menyempurnakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda boleh rujuk checklist dokumen yang diperlukan oleh pihak bank. Kebiasaannya, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut (penyata gaji/slip gaji):
- Salinan IC
- Salinan Slip Gaji (3 bulan)
- Penyata Bank Di Mana Gaji Dimasukkan (3 bulan)
- Penyata EPF
- Borang EA/EB/EC (cukai pendapatan)
- Surat pengesahan majikan
- Resit bayaran booking/deposit rumah
- Laporan Penilaian Harta (untuk rumah yang sudah siap/subsale)
Dokumen yang diperlukan mungkin akan berbeza bergantung kepada bank dan pembeli itu sendiri.
Kebiasaannya, anda akan mula membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sebulan selepas pihak bank membayar keseluruhan (atau sebahagian) baki kepada pemaju (loan disbursement). Untuk rumah yang dibeli daripada pemaju dan sedang dalam pembinaan, pihak bank akan membayar kepada pemaju mengikut tahap siap (completion stage).
Pembeli atau prospek pembeli boleh melayari website PMINT di https://www.pmint.gov.my di menu Jualan Hartanah, like page facebook Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek-projek PMINT.