Produk & Perkhidmatan

Perumahan Awam Kos Rendah

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk menguruskan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran RAKR sejak tahun 1972 lagi. Sehingga kini, Bahagian Pengurusan RAKR telah menguruskan 17,486 unit Rumah Awam Kos Rendah di seluruh Terengganu.

Mulai Mei 2009, Kerajaan Negeri telah melantik PMINT sebagai penyelia projek seterusnya menguruskan perumahan RAKR/RMM/RPMM berjumlah 6,909 unit yang merangkumi 25 projek di seluruh Negeri Terengganu.

Image
Image

Bagi permohonan perumahan RMM/RPMM, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) akan mengawal selia peringkat permohonan, temuduga dan pemilihan pemohonan yang layak. Mulai tahun 2014, permohonan dilakukan menerusi sistem permohonan online menerusi laman web Bahagian Perumahan SUK sebagaimana berikut;
https://eperumahan.terengganu.gov.my/.

Senarai Projek Perumahan RMM/RPMM Terkini Mengikut Daerah

DAERAH KUALA TERENGGANU

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM BANGGOL TUAN MUDA 300
2. RMM BATU HAMPAR II 442
3. RMM TOK ADIS 57
4. RPMM LADANG GEMILANG  II 192
5. RPMM CERONG BINJAI 120
6. RPMM PULAU REDANG 160
  JUMLAH 1,271

DAERAH KUALA NERUS

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RPMM TAMAN BATIN PERDANA 722
2. RPMM PULAU DUYUNG II 176
  JUMLAH 898

DAERAH BESUT

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM PADANG LUAS 252
2. RMM PASIR AKAR 165
3. RMM GONG NERING 71
4. RMM GONG TENGAH 411
5. RPMM TOK SABOH 72
6. RPMM MENGABANG BESAR 144
  JUMLAH 1,115

DAERAH KEMAMAN

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM PERASING JAYA 485
2. RMM PADANG KUBU 207
3. RMM GONG CENGAL 466
4. RMM TELOK KALONG 500
  JUMLAH 1,658

DAERAH DUNGUN

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM BUKIT TEBUK 100
2. RMM BERIL 290
3. RMM BATU 7 500
4. RMM PAYA LAWAS 243
  JUMLAH 1,133

DAERAH HULU TERENGGANU

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM BATU 22 291
2. RMM SG. BAJAR 114
3. RMM AJIL 195
  JUMLAH 600

DAERAH SETIU

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM SUNGAI TONG 133

DAERAH MARANG

BIL. PROJEK UNIT RUMAH
1. RMM BUKIT GASING 291

PMINT selaku peneraju pembangunan hartanah Negeri Terengganu sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Justeru itu, Bahagian Pengurusan RAKR tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan urusan pembayaran rumah melalui sistem bayaran online menerusi Maybank2U dan MyBSN. Kaedah pembayaran juga telah diperluaskan melalui CDM (BSN), Ejen Bank Bergerak BSN (EBB) serta pembayaran di Syarikat Air Terengganu (SATU).

PMINT melalui Bahagian Pengurusan RAKR turut memberikan perkhidmatan kepada mereka yang telah ditawarkan perumahan RAKR/RMM/RPMM berkaitan pertanyaan pembayaran dan tunggakan, syarat-syarat mendiami, aduan kerosakan dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan status permohonan dan projek perumahan RAKR/RMM/RPMM boleh terus berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) di alamat berikut;

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28, Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tel: 09-626 7999 / 09-631 7999
Faks: 09-626 2999
Website: https://eperumahan.terengganu.gov.my/

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776374

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah