MS ISO 9001:2015 (AMD 1:2024) PMINT
Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO bertujuan untuk menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melaksanakan dan mengekalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang diperakui oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. di bawah rangkaian IQNET. Skop pensijilan meliputi pengurusan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan hartanah, industri dan sosio-ekonomi.
Pensijilan terkini telah dikeluarkan pada 16 Ogos 2023 dengan nombor pendaftaran MY — QMS 00685 dan sah sehingga 27 Julai 2026. Selaras dengan pindaan terkini standard antarabangsa, PMINT turut mengambil kira keperluan MS ISO 9001:2015 (AMD 1:2024), khususnya berkaitan pertimbangan perubahan iklim dalam konteks organisasi dan perancangan strategik.
Diharapkan PMINT terus berdaya saing serta mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan ke arah organisasi yang lebih kukuh, cekap dan berprestasi tinggi.

