Syabas dan tahniah kepada PMINT kerana memperolehi Qlassic Excellence Award - Anugerah Khas Sektor Kerajaan yang dianjurkan oleh CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia).
Majlis ini Bersempena "Qlassic Day 2017, Accolade of Excellence In Construction Quality" yang telah berlangsung pada 21 Ogos 2017 bertempat di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Anugerah penghargaan dan pencapaian ini telah di sampaikan oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato 'Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid dan diterima oleh Tuan Haji Samiun bin Salleh , Ketua Pegawai Eksekutif PMINT.
QLASSIC (Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan) adalah satu sistem dan kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti mutu kerja projek-projek bangunan berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7), dan telah ditubuhkan sebagai satu cara untuk membandingkan kualiti mutu kerja antara projek pembinaan dengan sistem penilaian.