Produk & Perkhidmatan

Pelan Strategik Pendigitalan PMINT 2023 - 2026

Image

Pelan Strategik Pendigitalan adalah pelan atau blueprint yang mengandungi hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan yang memberi panduan dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan ICT selaras dengan keperluan pendigitalan sesebuah organisasi untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Pelan ini juga berperanan dalam mengenal pasti keperluan perkhidmatan digital berpaksikan pelanggan, kerajaan, aplikasi dan data, infrastruktur ICT, tadbir urus ICT serta keupayaan ICT.

Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) untuk Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi tempoh 2023 hingga 2026 telah dibangunkan dengan kerjasama pihak Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (PSUK Terengganu) dan pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). PSP PMINT 2023 – 2026 adalah pelan strategik ICT yang pertama yang menggariskan keperluan aplikasi dan data, infrastruktur ICT, tadbir urus digital serta keupayaan digital di PMINT. Pembangunan PSP ini direalisasikan dengan sokongan dan input daripada pihak pengurusan atasan, wakil bahagian dan domain, warga kerja dan pelanggan PMINT. PSP PMINT 2023 – 2026 telah dijajarkan juga dengan Pelan Strategik PMINT 2022 – 2026 dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021 – 2025 bagi menyokong keperluan proses kerja dan perkhidmatan PMINT.

PSP PMINT 2023 – 2026 merangkumi empat teras strategik, 12 strategi dan 48 program pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat di PMINT dalam tempoh masa empat tahun yang akan datang. Pelaksanaan dan pencapaian program pendigitalan akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan ia mencapai sasaran mengikut masa yang telah ditetapkan. Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan pelan ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan PMINT melalui pendigitalan demi menjamin perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan pihak yang berkepentingan.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776255

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah