Produk & Perkhidmatan

Anugerah Akauntabiliti

PMINT PEROLEH PENARAFAN LIMA BINTANG ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperolehi Penarafan Lima Bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2016.

Bermula pada tahun 2009, PMINT telah dipilih sebagai Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri yang wajib diaudit oleh Jabatan Audit Negara untuk Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan setiap tahun. Pengauditan ini dijalankan bertujuan untuk menilai samaada PMINT telah mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dan diberikan penarafan berdasarkan IndeksAkauntabiliti terhadap pengurusan kewangan PMINT. Penarafan Indeks Akauntabiliti ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2007 bagi mentransformasikan pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta meningkatkan persepsi awam terhadap peranan Jabatan Audit Negara dalam memantapkan akauntabiliti awam.

Setelah beberapa tahun diaudit, PMINT berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dengan peningkatan markah audit yang diperoleh setiap tahun. Pada tahun 2013, PMINT sekali lagi telah berjaya mendapat anugerah empat bintang dan pencapaian yang membanggakan setiap tahun ini memberi pengecualian pengauditan selama tiga tahun.

Bagi tahun kewangan 2016, Jabatan Audit Negara telah menambahbaikan sistem penarafan bintang di mana tahap cemerlang pada kadar lima bintang diperkenalkan. Setelah tiga tahun, pada tahun 2016, pengauditan telah dilaksanakan semula terhadap PMINT di mana PMINT telah berjaya membuktikan kecemerlangan berterusan apabila mengekalkan pencapaian tahap penarafan tertinggi iaitu mendapat anugerah lima bintang. Majis penyampaian sijil anugerah telah diadakan pada 16 November 2017 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Ini merupakan kejayaan dan pengiktirafan yang sangat bermakna buat PMINT kerana ia telah membuktikan tadbir urus PMINT berada pada tahap yang baik kerana kawalan dalaman secara keseluruhannya berkesan dan boleh dicontohi oleh agensi lain.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776190

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah