Produk & Perkhidmatan

Buku Pelan Pengurusan Risiko Rasuah PMINT

PELANCARAN BUKU PELAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH PMINT

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat pada 22 April 2013. Bermula dari tarikh tersebut, PMINT telah melaksanakan beberapa inisiatif CIP iaitu Polisi Tiada Hadiah (telah dilaksanakan sejak Julai 2013). Manakala, Kod Etika dan Polisi Whistleblowing telah dilancarkan pada 1 April 2015 dan telah diedarkan kepada warga kerja PMINT sebagai sumber rujukan. Antara inisiatif CIP lain yang turut dilaksanakan pada tahun 2016 adalah Integrity Pact yang merupakan dokumen tambahan yang perlu diterima pakai oleh pihak luar yang membuat perjanjian dengan PMINT terutama dalam proses kerja yang melibatkan projek-projek pembangunan PMINT.

Sehingga kini, pelaksanaan Integriti Korporat di PMINT mendapat maklumbalas yang positif daripada wargakerja PMINT, pelanggan, pembekal, kontraktor dan perunding yang bekerjasama dengan PMINT. Ia memberi impak yang sangat besar kepada PMINT terutama apabila berurusan dengan pihak luar kerana ia menunjukkan PMINT sangat komited dalam memerangi isu-isu rasuah.

PMINT juga mempunyai seorang Certified Integrity Officer (CeIO) iaitu Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah PMINT yang diiktiraf oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) pada tahun 2013. PMINT juga mempunyai seorang lagi CeIO iaitu Puan Shahrina binti Sarifudin, Pegawai Undang-Undang PMINT yang telah mendapat pengitirafan yang sama pada tahun 2018.

Buku Pelan Pengurusan Risiko Rasuah PMINT adalah merupakan salah satu langkah terancang di dalam memperkukuhkan tadbir urus yang baik yang seterusnya membolehkan penutupan ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi PMINT. Pelan ini juga merupakan satu persediaan yang dirancang bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran PMINT daripada pelbagai aspek. Proses penambahbaikan dan semakan semula pelan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa agar sesuai dengan cabaran serta polisi-polisi baru yang digubal di masa akan datang.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi PMINT. Selain itu, turut hadir adalah Tuan Haji Samiun bin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu, Jabatan- Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, GLC, warga kerja PMINT dan wakil Syarikat-Syarikat Anak PMINT.

SPRM turut memaklumkan bahawa PMINT merupakan Agensi Kerajaan Negeri yang pertama yang membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah di Malaysia. Tahniah PMINT! Diharapkan Buku Pelan Pengurusan Risiko Rasuah PMINT ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan PMINT dalam mengekalkan imej jabatan sebagai sebuah Agensi Kerajaan yang zero tolerance toward corruption.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776225

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah