Produk & Perkhidmatan

Perkhidmatan Dalam Talian

Image

Aplikasi e-Mohon

Aplikasi permohonan jualan & sewaan untuk individu atau syarikat bagi projek-projek PMINT secara atas talian.

Aplikasi e-Semak

Aplikasi bagi membolehkan pemohon menyemak status permohonan jualan.

Aplikasi e-Aduan

Satu kemudahan yang disediakan kepada pengguna untuk menyalurkan aduan umum atau aduan integriti. Semua aduan yang dihantar akan diberikan nombor aduan yang akan digunakan sebagai nombor semakan.

Terkini, pengguna juga boleh memuatturun aplikasi mudah alih myPMINT dengan mengimbas QRcode di bawah untuk melapor dan menyemak sebarang aduan kepada PMINT.

google play badge2 ms badge ios2
qrcodegoogleplaymypmint qrcodeiosmypmint

 

Aplikasi spp-pmint (Permohonan Jawatan Kosong)

Satu aplikasi yang dibangunkan untuk membolehkan orang awam memohon jawatan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Pemohon boleh memohon jawatan sekiranya terdapat iklan kekosongan jawatan di PMINT mengikut tempoh yang ditetapkan.

Aplikasi myPMINT

Satu medium yang membenarkan Penyewa atau Pembeli menyemak penyata bayaran. Pembeli dan penyewa perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan semakan penyata. (Sekiranya sudah berdaftar melalui aplikasi mobil, pengguna boleh log masuk ke laman ini menggunakan kata nama dan kata laluan yang sama)

Sistem Kelulusan Bahan PMINT

Satu projek pendigitalan permohonan kelulusan bahan tanpa sebarang kos tambahan. Projek ini memerlukan komitmen kontraktor, perunding dan Bahagian Perkhidmatan Teknik yang terlibat dalam proses permohonan, semakan dan kelulusan bahan binaan. Keperluan pendigitalan proses kelulusan bahan bertujuan bagi ;
a) Mengaplikasikan proses kelulusan bahan secara atas talian dan boleh dilaksanakan di mana-mana jua.
b) Meningkatkan kecekapan tugasan kerja bahagian perkhidmatan teknik, perunding dan kontraktor.
c) Sistem perekodan yang sistematik dan kemas.
d) Capaian kepada rekod-rekod kelulusan bahan dapat dibuat dalam masa yang singkat.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Rabu 12 November 2025, 07:09:01.

Jumlah Pelawat

00869192

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah