Produk & Perkhidmatan

Perlindungan Data Terbuka

Latar Belakang

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diedarkan pada September 2000 kepada agensi-agensi awam dan swasta untuk mendapatkan ulasan dan pandangan umum dan telah diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun 2010.

Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi umum.

 

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

Pertama - Mematuhi "Prinsip Am" dimana pengguna data tidak dibenarkan memproses data peribadi individu lain tanpa kebenarannya. Proses bermaksud sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatik atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

Kedua - Mematuhi "Prinsip Notis dan Pilihan" dimana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada pemilik data berkenaan.

Ketiga - Mematuhi "Prinsip Penzahiran" iaitu bertujuan untuk menzahirkan data peribadi seseorang individu itu.

Keempat - Mematuhi "Prinsip Keselamatan" iaitu apabila ingin memproses data peribadi mana-mana individu, pengguna data perlu mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kelima - Mematuhi "Prinsip Penyimpanan" dimana setiap data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan melebih had masa yang dibenarkan.

Keenam - Mematuhi "Prinsip Integriti Data" dimana setiap data peribadi perlu dipastikan supaya tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.

Ketujuh - Mematuhi "Prinsip Akses" dimana pemilik data mestilah diberikan hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh pengguna data supaya dapat dikemaskini dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih kurang berpuashati dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:
Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (aduan@pdp.gov.my) untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:-

  1. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;
  2. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
  3. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;
  4. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.



Rujukan:

  1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
  2. Standard Perlindungan Data Peribadi 2015

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Isnin 02 Disember 2024, 06:45:04.

Jumlah Pelawat

00817876

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah