
Sejarah Latar Belakang
PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosioekonomi di Negeri Terengganu.
Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan Menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 – 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.
PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti - aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan, dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.