Temu Murni Bersama Pengarah Bahagian Pelaburan MIDA HQ
KUALA LUMPUR, 19 Mei 2022 - PMINT telah mengadakan temu murni bersama Pengarah Pasca Pelaburan MIDA di Pejabat MIDA HQ.
Kunjungan ini adalah bagi membincangkan perkara berbangkit berkaitan tuntutan bayaran Interim Kontraktor dan Perunding serta perbincangan hala tuju bagi permohonan Projek Pembangunan Infrastruktur RMK-12 di bawah peruntukan MIDA pada tahun 2022 dan seterusnya.
Kunjungan ini diketuai oleh En. Fazrul Isham bin Mohd, Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian bersama Pegawai-Pegawai Bahagian Pengurusan Perindustrian dan Bahagian Pengurusan Kontrak.