Produk & Perkhidmatan

TAKLIMAT KESEDARAN INTEGRITI KEPADA KONTRAKTOR/ PEMBEKAL/ PERUNDING BERDAFTAR PMINT DAN ANAK SYARIKAT SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI INTEGRITI PMINT 2022

Telah berlangsungnya satu Taklimat Kesedaran Integriti Kepada Kontraktor/ Pembekal/ Perunding Berdaftar Pmint Dan Anak Syarikat Sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Integriti Pmint 2022 yang dianjurkan oleh Unit Integriti PMINT bersama Unit Integriti dan Governans Syarikat Anak pada 22 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Pengurusan Syarikat Anak dan semua Kontraktor, Pembekal, Perunding Berdaftar PMINT dan Anak Syarikat. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Terengganu.

 

Taklimat dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Hari Integriti PMINT 2022. Dalam ucapan tersebut, beliau berkata tujuan taklimat diadakan adalah sebagai langkah pertama PMINT dalam mendidik dan memberi pemahaman kepada pihak luar yang bekerjasama dengan PMINT untuk sedar akan pentingnya nilai integriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

 

Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua yang terlibat tentang integriti, tadbir urus dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, Tuan Mohd Hanafi juga turut berkongsi berkenaan punca kemerosotan integriti dalam organisasi yang melibatkan kelemahan kepimpinan, individu, sistem dan prosedur, struktur dan institusi serta budaya. Penceramah juga turut berkongsi prinsip, aspek praktikal dan pelaksanaan T.R.U.S.T dalam sesebuah organisasi korporat.

Seterusnya para kontraktor, pembekal dan perunding yang hadir turut terlibat dalam sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Menandatangani IBR yang disaksikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Pegawai SPRM dan juga wakil Pengurusan Syarikat Anak. Tujuan IBR dilaksanakan adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh pihak luar yang bekerjasama dengan PMINT dan anak syarikat untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka menjalankan amanah tersebut.

Ceramah ini telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan sesi bergambar serta jamuan makan tengahari. Semoga dengan terlaksananya ceramah ini, diharap dapat memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya integriti dalam diri seseorang dan juga manfaat yang besar kepada yang terlibat dan Kumpulan PMINT secara keseluruhannya.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791037

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah