Produk & Perkhidmatan

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA BALU ALLAHYARHAM MOHD PARIZAM BIN ABDUL KARIM DAN SESI MENZIARAHI PESARA PMINT YANG KEUZURAN

3 Januari 2023 - Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT bersama Cik Che Norhaslida binti Deraman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan KESUMIN telah menziarahi dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada isteri Allahyarham Mohd Parizam bin Abdul Karim. Sesi ziarah ini juga bertujuan bagi menzahirkan rasa simpati dan keperihatinan PMINT kepada waris yang kehilangan insan tersayang disamping memberi sokongan moral kepada mereka.

 

Seterusnya Tuan Haji Wan Adnan dan Cik Che Norhaslida bersama wakil Jawatankuasa Kebajikan KESUMIN  menyantuni pesara PMINT, En. Shafee bin Embong, mantan jurutera PMINT, yang mengalami masalah saraf. Didoakan beliau semoga diberikan kesihatan yang baik dan ikatan ukhwah ini akan terus utuh.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791059

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah