Produk & Perkhidmatan

SKUAD PMINT PRIHATIN (SPP)

Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melancarkan Skuad PMINT Prihatin (SPP) pada 13 November 2022 bertempat di Paya Bunga Square. Tujuan utama Penubuhan SPP adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam membantu golongan memerlukan. Turut diwujudkan dalam majlis ini ialah Tabung PMINT Prihatin dengan dana awal sebanyak RM20,000 sebagai persediaan sekiranya berlaku bencana dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman berkata skuad tersebut melibatkan semua warga kerja PMINT dah Syarikat Anak yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan.

Beliau turut berkata walaupun keutamaan bantuan adalah untuk mangsa banjir, SPP juga bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana lain seperti kebakaran dan kemalangan.

Beliau berkata sumbangan akan disalurkan dalam bentuk khidmat tenaga oleh sukarelawan, barangan keperluan dan kewangan.

Turut hadir pada majlis ini Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT, Pengurus Besar Syarikat Anak dan Pengurus Besar PMINT

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791057

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah