Produk & Perkhidmatan

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1444H/2022M

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 1444H/2022M telah berlangsung pada 9 Oktober 2022.  Sambutan ini dimulakan dengan perarakan oleh seramai 2,340 peserta membabitkan 78 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan Persekutuan dan badan berkanun, jabatan kerajaan negeri serta badan berkanun negeri dan juga JPKK yang mengalunkan selawat sepanjang jalan. Perarakan diketuai oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu bermula dari padang bola tiruan di Kampung Tok Jiring ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Upacara perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Baginda tuanku turut berkenan menyampaikan hadiah buat pemenang perarakan terbaik sempena sambutan Maulidur Rasul.

PMINT turut menghantar seramai 30 orang warga kerja untuk menyertai perarakan pada kali ini. Walaupun tidak bernasib baik untuk memperoleh sebarang nombor, pihak Pengurusan PMINT tetap mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua peserta perarakan kerana telah sudi menyumbangkan masa dan tenaga bagi sambutan ini.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah