Produk & Perkhidmatan

PROGRAM TEMU MURNI PMINT (JABATAN ANGKAT) BERSAMA KETUA KONTINJEN (CDM), BAPA ANGKAT DAN PASUKAN TENPIN BOWLING SUKMA XX, MSN 2022

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos 2022 – Telah berlangsungnya Program Temu Murni Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Jabatan Angkat) Bersama Ketua Kontinjen (CDM), Bapa Angkat Dan Pasukan Tenpin Bowling Sukma XX, MSN 2022.

Program tersebut dimulakan dengan jamuan ringkas dan ucapan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT selaku Jabatan Angkat Pasukan Bowling SUKMA, Ucapan oleh Timbalan CDM SUKMA iaitu Encik Ab Rashid Jusoh yang mewakili Ketua Kontingen seterusnya ucapan bapa angkat pasukan Tenpin Bowling SUKMA XX iaitu YB Tuan Haji Ab Razak bin Ibrahim (YB Adun Ayer Putih). Bapa Angkat juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2500.00 kepada pasukan bowling SUKMA bagi membantu persiapan pasukan sebelum dan semasa kejohanan.

Turut hadir di dalam program ini ialah Encik A.Zulkefli bin Mohamad iaitu Penolong Pengarah Infrastruktur & Kemudahan Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Fazrul Isham bin Mohd Pengerusi Sukan KESUMIN, PMINT serta pegawai-pegawai daripada MSN, Pejabat Dun Air Putih dan pegawai-pegawai daripada PMINT. Manakala Pasukan Tenpin Bowling SUKMA XX seramai 13 orang yang diketua oleh Encik Arfizzan bin Zulkifli selaku Pengurus Pasukan Bowling. Semua jemputan yang hadir juga turut diberikan cenderahati yang merupakan sumbangan daripada pihak PMINT.

Sesi Majlis ini telah berlangsung selama satu jam dan telah berjalan dengan lancar. Pelbagai kata-kata semangat dan perkongsian telah dicurahkan dalam majlis temu murni ini bagi menyuntik semangat kepada Pasukan Bowling SUKMA XX dalam menghadapi kejohanan tersebut pada bulan September nanti serta dapat membantu kontinjen SUKMA Terengganu mengekalkan kejuaraan sukan SUKMA. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah