Produk & Perkhidmatan

PROGRAM PERMINITA ANGGUN & SIHAT

Khamis, 28 Julai 2022; Jawatankuasa PERMINITA telah mengadakan satu program kesihatan bertemakan ‘PERMINITA Anggun & Sihat’ di Dewan Besar, Tingkat 3 Menara PMINT disertai seramai 40 Ahli PERMINITA. Program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dengan senamrobik yang diketuai oleh Zin Karina dan disusuli dengan pemeriksaan kesihatan oleh petugas kesihatan dari Klinik Hiliran, Kuala Terengganu serta sesi timbang ukur oleh Team Zin Karina.

Program tersebut turut diselitkan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Puan Hazwani binti Abdul Razak iaitu Pegawai Sains (Pemakanan) dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Beliau telah berkongsi amalan pemakanan yang baik serta aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dalam menjaga kesihatan.

Program ini tidak selesai di sini kerana Ahli PERMINITA perlu menyahut cabaran PERMINITA Anggun & Sihat dengan tempoh masa yang diberikan iaitu 3 bulan untuk menjaga kesihatan terutamanya pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Semoga program ini dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada semua Ahli PERMINITA terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan.

Pemenang akan diumumkan pada bulan November/ Disember dalam program seterusnya.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah