Produk & Perkhidmatan

PROGRAM JALINAN UKHWAH PKEN

Program Jalinan Ukhwah PKEN anjuran PMINT telah berlangsung pada 15 - 16 Julai 2022 melibatkan dua aktiviti iaitu kejohanan futsal 4 penjuru PKEN dan program kayuhan ukhwah antara PMINT dan PKiNK. Kejohanan futsal 4 penjuru telah berlangsung pada 15 Julai 2022 di gelanggang futsal Unisza yang mana telah disertai oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKINK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). PMINT telah mendapat tempat pertama bagi kejohanan ini manakala naib johan adalah dari PKNK, tempat ketiga PKINK dan tempat keempat PKNP.

Seusai berlangsungnya kejohanan futsal 4 penjuru, program kayuhan ukhwah antara PMINT dan PKINK telah diadakan pada 16 Julai 2022 yang mana telah disertai oleh wargakerja Kumpulan PMINT dan PKINK. Kayuhan ukhwah ini turut disertai oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Barisan Pengurusan Tertinggi PMINT & PKINK, Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT dan PKINK serta pengerusi dan ahli Perminita.

Program kayuhan ukhwah anjuran Kumpulan PMINT dengan kerjasama Kelab Berbasikal PMINT (PiCT) dan Kelab Chill Folding Bike (CFB) melibatkan dua laluan iaitu jarak kayuhan sepanjang 29 km dan 15 km. Dengan kerjasama pihak polis trafik, JPAM dan para petugas, program ini berjalan dengan jayanya. Diharap dengan penganjuran ini, jalinan ukhwah diantara PMINT dan PKEN dapat dipereratkan.

Jumpa lagi pada program akan datang.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791068

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah