Produk & Perkhidmatan

PMINT CYCLING TEAM (PICT) CIPTA KEJUTAN

Tahun 2022 boleh diibaratkan seperti langkah kanan buat PMINT apabila kejayaan demi kejayaan dicipta. 31 Ogos 2022 menjuarai pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan dan melalui syarikat anak mengukir nama di dalam pertandingan beca berhias. Tanggal 1 Oktober 2022 PMINT yang di wakili PMINT Cycling (PiCT) sekali lagi mencatat nama PMINT sebagai “sang juara”. Ianya sekaligus membuka mata semua pihak PMINT bukan “kaleng-kaleng”

 

Buat pertama kalinya MAKSAK Basikal 2022 dipertandingkan dimana Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai tuan rumah. Kejohanan yang mengukir nama PMINT di dalam arena perlumbaan basikal ini telah diadakan di Bandar Al-Wathitu Billah, Kuala Nerus.

PMINT Cycling Team diwakili oleh En Nazrihisyam bin Ibrahim bertanding dalam acara Ujian Masa (Veteran) mendapat tempat tempat ke-3 dan Acara Kriterium (Veteran) mendapat tempat pertama. Bagi acara Kriterium terbuka, diwakili oleh En. Mohd Syafiq bin Shafie, Ahmad Zulfadhli bin Zamri dan En Ros Mohd Muharam bin Wahab telah memberi saingan hebat sepanjang kejohanan. 

 

Tahniah kepada semua “Rider” kental PiCT. Semoga PMINT terus melakar kejayaan demi kejayaan bukan sahaja didalam bidang sukan tetapi di dalam semua aspek. TAHNIAH PICT

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791087

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah