Produk & Perkhidmatan

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP PMINT SIRKIT 2

Kelab Memancing PMINT telah mengadakan Pertandingan Memancing Tertutup PMINT Sirkit 2 pada 24 Jun 2022 di Pantai Rhu Muda, Marang yang melibatkan 20 peserta. Pertandingan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga peserta yang turut bermalam di sana. Pada sebelah malam pula diadakan aktiviti BBQ yang mana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli kelab.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Haji Wan Adnan bin Wan Derahman. Mohd Hasruddin bin Mohd telah muncul sebagai juara memperolehi ikan cencaru seberat 53g dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM250. Tempat kedua dimenangi Ahmad Syakir Fahimi bin Mohamed dari Bahagian Perkhidmatan Teknik yang memperoleh Ikan Cencaru Seberat 50g dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150. Manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Azlam bin Yah juga dari Bahagian Perkhidmatan Teknik yang memperolehi Ikan Buluh Seberat 36g serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM100. Tempat ke-4 dan ke dimenangi oleh 5 Hanaff bin Harun dan Mohd Altarmizi Bin Mamat masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Alhamdulillah program yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif dan misi kelab sekaligus dapat menarik lebih ramai menyertai kelab Memancing dan mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Jumpa di sirkit yang akan datang!

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791064

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah