Produk & Perkhidmatan

PERTANDINGAN BOT BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN KDYMM SULTAN TERENGGANU

PERTANDINGAN BOT BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN KDYMM SULTAN TERENGGANU

29 September 2023- KEUNIKAN dan kreativiti yang ditonjolkan pada bot berhias PMINT & Kumpulan PMINT telah berjaya memikat juri seterusnya dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan bagi kategori GLC/Badan Berkanun pada pertandingan bot berhias sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu, malam tadi. 

Hadiah disampaikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Sebanyak 16 buah bot mewakili setiap pejabat daerah, badan berkanun dan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanding dengan memaparkan pelbagai hiasan, dekorasi dan kreativiti yang menonjolkan identiti daerah dan jabatan masing-masing dengan mengikut tema yang ditetapkan oleh urusetia.

Perarakan pertandingan yang bermula pada jam 9.00 malam dari arah Pulau Kambing, seterusnya menyelusuri Pulau Warisan, Duyong Marina, Jeti Penambang Seberang Takir, Jeti Shah Bandar dan Payang Walk telah menarik ribuan penonton untuk menyaksikan kepelbagaian bot berhias pada malam tersebut.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak terutamanya pasukan Bot Berhias PMINT yang telah banyak membantu dalam usaha menyiapkan Bot Berhias pada kali ini.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi Pertandingan Bot Berhias sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu

GLC/Badan Berkanun

1. PMINT

2. Kumpulan PMINT (9 buah Anak Syarikat PMINT)

3. Ketengah

Pejabat Daerah

1. Hulu Terengganu

2. Kemaman

3. Setiu 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791094

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah