Produk & Perkhidmatan

PERTANDINGAN BOLING PADANG TERTUTUP KUMPULAN PMINT 2022

Kelab Boling Padang PMINT telah menganjurkan satu Pertandingan Boling Padang Tertutup Kumpulan PMINT 2022 pada 23 Julai 2022 yang lalu bertempat di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Boling Padang Terengganu.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan yang diluar jangkaan. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada staf PMINT dan anak syarikat telah mendaftar dan menyertai pertandingan pada kali ini. Setiap peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang peserta.

Pertandingan yang berakhir pada pukul 2.30 petang itu telah dimenangi oleh Kumpulan Ayam dan diikuti oleh Kumpulan Semut di tempat kedua dan Kumpulan Harimau di tempat ketiga. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Fazrul Isham bin Mohd selaku Pengerusi Kesumin Sukan diiringi oleh Haji Zulkepli bin Abd Wahab, wakil Persatuan Boling Padang Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga dapat berjumpa lagi pada program akan datang.

 

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah