18 Julai 2022, Isnin - Seramai 20 orang wargakerja PMINT yang terdiri daripada Juruaudit Dalaman MS ISO 9001: 2015 telah menghadiri program Kursus Juruaudit Dalam MS ISO 9001: 2015 PMINT yang telah diadakan pada 19-20 Julai 2022 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Kursus ini khusus diadakan bertujuan untuk memantapkan kompetensi Juruaudit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 sebagai persediaan melaksanakan program Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 PMINT bagi tahun 2022 yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2022.
Selain daripada menyertai kursus, pasukan Juruaudit Dalaman PMINT yang diketuai oleh Puan Zawiah binti Zakaria (Pengurus Besar Khidmat Sokongan), Puan Hajah Wan Hanan binti Wan Ismail (Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan), Puan Nurul Ashikin binti Mohd Nor (Ketua Juruaudit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 PMINT) dan barisan Juruaudit Dalaman PMINT turut mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Putrajaya (PPJ) pada 21 Julai 2022.
Delegasi PMINT telah disambut mesra oleh pihak Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Puan Norliana Akida binti Abd. Rahim selaku Pengarah (Pentadbiran) Jabatan Perkhidmatan Korporat PPJ, Encik Hazman bin Md. Zaki (Ketua Pasukan Audit Dalam PPJ) dan pegawai-pegawai penyelaras Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 PPJ. Sesi taklimat dan perbincangan telah berlangsung selama 2 jam. Pelbagai isu berkaitan pengurusan SPK MS ISO 9001 : 2015, Program Audit Dalaman dan pengurusan risiko serta perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak telah berjaya dikongsi bersama.