Produk & Perkhidmatan

PELITA RAYA TERENGGANU 2024

PELITA RAYA TERENGGANU 2024

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) telah menganjurkan Program Pelita Raya Terengganu (Peliter@TTI) 2024 di Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini bermula pada 19 hingga 23 Mac yang lalu.

Program ini bertujuan meneruskan tradisi masyarakat tempatan dalam menyambut bulan Ramadan yang bertemakan "Tradisi diwarisi, comeynya pelita".

Antara syarat ditetapkam ialah setiap agensi diwajibkan memasang lebih 150 pelita dan digalakkan menggunakan barangan terpakai selain menonjolkan keunikan tradisi masyarakat Terengganu. Selain itu juga, program tersebut turut dimeriahkan dengan pertunjukkan kebudayaan dan jualan makanan tradisional.

Sebanyak 10 penyertaan pada program kali ini iaitu lapan daripada pejabat daerah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Pejabat Tanah & Daerah Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara pada kali ini. Walaupun tahun ini merupakan penyertaan pertama PMINT hanya sekadar memperolehi saguhati. InsyaAllah penyertaan tahun depan akan memperolehi kejayaan. Terima kasih kepada jawatankuasa yang dilantik diatas komitmen dan kerjasama diberikan sepanjang Peliter Raya berlangsung.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 09 Mei 2024, 04:13:23.

Jumlah Pelawat

00776223

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah