Produk & Perkhidmatan

PAMERAN KERAJAAN PRIHATIN, RAKYAT SEJAHTERA

1-4 September 2022, Ahad – Telah berlangsungnya Program Pameran Kerajaan Prihatin, Rakyat Sejahtera bertempat di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Pameran empat hari ini telah disertai oleh pelbagai agensi dari Kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Tidak ketinggalan dalam pameran pada kali ini ialah penyertaan daripada  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Alam Sekitar dan Air serta  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, yang diwakili oleh empat syarikat anak iaitu Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd., Pertima Trengganu Sdn. Bhd., TTI Management Sdn. Bhd. dan Paya Bunga Hotel Management Sdn. Bhd. telah turut menyertai pameran dengan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli. Selain pameran, program ini juga menempatkan gerai jualan produk tempatan dan ceramah serta lain-lain aktiviti yang dirancang oleh urusetia induk.

Sepanjang pameran berlangsung, ruang pameran kumpulan PMINT turut dikunjungi oleh tetamu kehormat antaranya YAB Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, YAB Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu,  YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, YB Senator Datuk Haji Idris bin Hj Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff,  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta beberapa ahli kehormat yang lain.

Ruang pameran PMINT juga telah diumumkan mendapat tempat pertama dalam pertandingan booth paling interaktif, mesra pelanggan dan paling ramai dikunjungi pelawat sepanjang pameran empat hari tersebut.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah