Misi Galakkan Perdagangan dan Pelaburan Terengganu ke Manila & Clark, Filipina
Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YBM Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran bersama beberapa Agensi Kerajaan Negeri telah mengadakan Misi Galakkan Perdagangan dan Pelaburan ke Manila & Clark, Filipina pada 19 hingga 23 Mei 2022.
Tujuan misi ini adalah bagi mendapat penerangan dan maklumat terperinci mengenai hasrat dan tujuan pelaburan New Zhong Yuan Ceramic Enterprise Co. Group di Negeri Terengganu kelak. Misi ini juga disertai oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT serta Pengurus Besar Permint Granite Sdn. Bhd.