5 Jun - 2 Julai 2022, Korea Selatan - PMINT yang diwakili Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Fazrul Isham bin Mohd, Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian telah menghadiri lawatan kerja bagi Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan Ke Republik Korea Selatan.
Lawatan ini diketuai oleh YB. Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu dan YBhg. Dato' Baidzawi bin Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Misi lawatan ini adalah untuk membincangkan hasrat serta hala tuju pelaburan dengan Syarikat-Syarikat Pelabur yang berpotensi di Korea bagi mengembangkan perniagaan mereka di Negeri Terengganu terutama di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Antara syarikat yang dilawati adalah seperti :-
- POSCO Chemical di Gangnam;
- LG Chem Limited di Yeongdeungpo-gu;
- Dongjin Semichem Corporation Limited di Gyeonggi;
- Korea Petrochemical Industry Association (KPIA) di Jongro-gu;
- GreenBio di Gwangju-si;
- KH Shinwha/ KH Water di Gyeonggi;
- CJ Cheiljedang Corporation di Jung-gu; dan
- Hyundai Motor Studio Goyang di Gyeonggi-do
Lawatan ini juga turut disertai oleh pihak UPEN Terengganu, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), PETRONAS Gas Berhad dan PETRONAS Gas Energy & Gas Trading (PEGT).
Hasrat Kerajaan Negeri khususnya PMINT mengharapkan pelaburan ini mendapat impak yang positif seterusnya dapat direalisasikan di Negeri Terengganu.