Produk & Perkhidmatan

MIDA INVEST SERIES UNFOLDING STATES BUSINESS POTENTIAL TERENGGANU

MIDA Invest Series Unfolding States Business Potential Terengganu telah berlangsung pada 25 Ogos 2022 bertempat di Dewan Perdana, Tingkat 10, Mida Sentral Kuala Lumpur. Pada program kali ini, PMINT telah dilantik dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan bersama Unit Invest, UPEN berserta Agensi-Agensi lain yang terlibat secara langsung dalam Pembangunan Perindustrian di Negeri Terengganu. Antara Agensi tersebut adalah Terengganu Incoporated Sdn. Bhd. dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Program ini telah dihadiri lebih daripada 250 Orang dalam kalangan pemain-pemain industri dalam dan luar Malaysia.

PMINT menerusi Jabatan Pembangunan Perindustrian telah membuka booth pameran yang diketuai oleh Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian, En. Fazrul Isham Bin Mohd bagi mempromosi Kawasan Perindustrian di bawah seliaan PMINT antaranya Kawasan Perindustrian Teluk Kalung, Perindustrian Pulau Kerengga, Perindustrian Gong Medang dan Kawasan Perindustrian Kertih Lot P. 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakan Dan Fasilitasi Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) En. Sivasuriyamoorthy Sundara Raja. Program ini telah dihadiri oleh YB Exco Perdagangan, Industri, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran YB Dato Tengku Hassan Tengku Omar dan Y.Bhg Dato Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Pengarah UPEN Terengganu serta Ketua Pegawai Operasi PMINT, Tuan Haji Azmal Bin Azaddin selaku Moderator pada sesi soal jawab bersama tetamu jemputan.

MIDA memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat dan perniagaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi meningkatkan peluang pertumbahan. Pada masa yang sama YB Exco menerusi ucapan beliau memaklumkan Terengganu komited untuk menambah baik pertumbuhan ekonomi dengan menambah banyak Taman Perindustrian daripada 25 Kawasan Perindustrian ketika ini yang merangkumi 4,158.26 hektar diantaranya Taman Perindustrian Kerteh, Taman Perindustrian Pulau Kerengga dan Terengganu Silica Valley. Beliau juga menyatakan bahawa ini merupakan satu lagi  langkah kearah memastikan terdapat prospek yang baik bukan hanya untuk masa sekarang tetapi juga pada masa depan di Terengganu.

Aturcara program dimulakan dengan pembukaan booth pameran bermula jam 9.30 pagi di ruangan lobi MIDA Sentral sehingga jam 5.30 petang. Manakala majlis perasmian program berlangsung pada jam 2.30 petang. Pada sebelah malam pula diadakan majlis makan-makan bersama Agensi-Agensi terlibat sebagai tanda ucapan terima kasih YB Exco kepada semua. Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah