5 Disember 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PMINT kali 3/2022 telah berjaya berjalan dengan lancar. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat terakhir bagi MBJ PMINT bagi sesi 2021-2022. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman.
Untuk makluman wargakerja PMINT, pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) bagi sesi 2023-2024 akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari 2023.