Produk & Perkhidmatan

Mesyuarat Exco Gemaputera Bil. 2/2022

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – Mesyuarat Exco Gemaputera Bil. 2/2022 telah berjaya dilangsungkan secara fizikal di Pertama Kompleks, Bangunan UDA Holdings Berhad. Mesyuarat ini disertai oleh kesemua 14 PKEN dan Agensi seramai 23 orang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman selaku Yang Dipertua Gemaputera bagi sesi 2021-2022.

Mesyuarat dilaksanakan bagi perbentangan laporan Biro Sukan & Rekreasi, Biro Latihan dan Biro Komunikasi & Penerbitan serta pelaporan kedudukan kewangan semasa Gemaputera oleh Bendahari Kehormat. Selain itu juga, intipati mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan Gemaputera.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan lawatan ke Bukit Bintang City Center (BBCC) bagi melihat pembangunan terbaru yang telah dijalankan oleh pihak UDA Holdings Berhad bersama beberapa syarikat swasta. Untuk makluman juga, BBCC merupakan tapak asal Penjara Pudu yang telah dirobohkan.

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791087

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah