30-31 DIS 2022 - Bahagian Tanah Dan Strata PMINT bersama PMINT Urus Sdn Bhd (PUSB) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bagi Rumah Pangsa Injin Gergaji (Blok B) dan Rumah Pangsa Dusun Nyior, Kemaman dimana Pengurus Bahagian Tanah Dan Strata Cik Norsabihah binti Fidri dan Pengurus Besar PMINT Urus Sdn Bhd Encik Zani bin Elias juga turut hadir dan terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Dengan berlangsungnya mesyuarat agung ini, maka Perbadanan Pengurusan (MC) juga telah berjaya ditubuhkan bagi projek-projek tersebut. Semoga dengan penubuhan MC ini, AJK dan penduduk setempat dapat menguruskan bangunan kediaman bersama-sama dengan lebih baik dan harmoni.