Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA KERJA PMINT KALI 3/2022

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Warga Kerja PMINT Kali 3/2022 pada 18 September 2022 bertempat di Dewan Besar Tingkat 3 Menara PMINT. Pada majlis kali ini, seramai 6 orang warga kerja PMINT menerima Anugerah Warga Kerja Cemerlang bagi bulan April - Jun 2022.

Majlis ini turut meraikan kejayaan Kontinjen PMINT  yang memenangi acara perbarisan bagi kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform dan Ketua Kontinjen Terbaik seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Pada perhimpunan kali ini juga, PMINT turut meraikan kejayaan  PB Hotel Management Sdn Bhd dan PMINT Urus Sdn Bhd.  yang menjadi juara dan tempat ketiga Pertandingan Beca Berhias Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -60  Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan berharap agar PMINT meletakkan target untuk menjadi juara di dalam apa jua pertandingan.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791037

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah