Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PERHIMPUNAN TAHUN BARU 2023

Majlis Perhimpunan Tahun Baru 2023 telah berjaya diadakan pada 11 Januari 2023 bertempat di Camelia Ballroom PB Hotel Kuala Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Operasi Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Korporat, En. Mohd Anuar bin Abdullah, Pengurusan Syarikat Anak dan seluruh warga kerja PMINT.

Dalam majlis ini Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman telah menyampaikan Perutusan Tahun Baru. Dalam ucapan tersebut, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PMINT atas komitmen, keazaman dan kerja keras dalam melaksanakan tugasan dan mengharumkan nama PMINT sepanjang tahun 2022. Pada akhir ucapan perutusan, beliau berharap seluruh warga kerja Kumpulan PMINT dapat meningkatkan semangat kezaman dalam membawa PMINT ke satu tahap yang lebih baik. Seterusnya, beliau mengetuai Bacaan Ikrar Akur Janji dan Ikrar Integriti Korporat serta menandatangani ikrar tersebut. 

Majlis pada kali ini turut meraikan 4 orang pesara dan bakal pesara, penerima Anugerah Dwi Bulanan Julai hingga September 2022, penerima Anugerah Dwi Bulanan Oktober hingga Disember 2022, penerima Anugerah Anak Syarikat Terbaik 2022, pelancaran buku kod Etika PMINT dan pengenalan warga kerja baru ambilan 2022.

Pesara dan Bakal Pesara

  1. Puan Wan Faizah bin Wan Abdullah (2 Januari 2023)
  2. Encik Mat Zaki bin Kadir (6 Februari 2023)
  3. Encik Mizi bin Mamat (8 Februari 2023)
  4. Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof (23 Februari 2023)

Penerima Anugerah Dwi Bulanan Julai-September 2022

  1. Puan Nurul Ashikin binti Mohd Nor
  2. Encik Nik Mohd Nasri bin Nik Abd Rahman
  3. Puan Nurul Athirah binti Hamid
  4. Encik Mohamad Azlan bin Wahid
  5. Encik Nazrihisyam bin Ibrahim
  6. Encik Muhammad Shahril bin Abdullah

Penerima Anugerah Dwi Bulanan Oktober-Disember 2022

  1. YM Engku Mohd Haniff bin Engku Mohd Hamzah
  2. Puan Rubi binti Hashim
  3. YM Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi
  4. Puan Hazmawati binti Mat Husin
  5. Cik Aznita binti Awang @ Abdul Aziz
  6. Encik Muhammad Izzat bin Yusof

Penerima Anugerah Anak Syarikat PMINT Terbaik 2022

  1. PB Hotel Management Sdn. Bhd. (Company of the year 2022)
  2. TADC Sdn. Bhd. (Most Determined Company 2022)
  3. TTI Mangement Sdn. Bhd. (Most Determined Company 2022) 

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah