Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN INTEGRITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022

Telah berlangsungnya, Majlis Perasmian Penutup Bulan Integriti Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 anjuran Pejabat Setiausaha Kuala Terengganu (Pengurusan Sumber Manusia) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan perkongsian Tayangan Taklimat Keselamatan oleh Daya Urus Sdn Bhd. dan diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutup oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu serta tayangan montaj dan gimik.  Majlis juga telah diisi dengan sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatangani IBR oleh wakil Ketua-ketua Jabatan yang hadir termasuk PMINT yang mana diwakili oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.

Dalam pada itu, ruang-ruang pameran oleh Jabatan / Agensi seperti PMINT, MAIDAM, TSIS, TI, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Penjara Malaysia turut disediakan yang mana bertujuan  bagi memperkenalkan dan mempamerkan Unit Integriti (UI) daripada setiap jabatan masing-masing turut dilaksanakan.  Ruang pameran tersebut adalah kerjasama antara UI dan Unit Integriti dan Governans (IGU) daripada Anak-Anak Syarikat PMINT bermula daripada 27 November 2022 dan berakhir pada 29 November 2022.

Turut dikongsikan sepanjang program ini berlangsung adalah polisi berkaitan dengan Whistleblowing Act: Akta Pemberi Maklumat, Polisi Pengurusan Hadiah, fungsi-fungsi teras UI dan sebagainya.

 Diharapkan sesi program integriti yang julung kali  diadakan ini dapat meningkatkan lagi usaha PMINT bagi menanam nilai berintegriti dalam kalangan wargakerja PMINT termasuk kakitangan daripada setiap Anak Syarikat. Semoga usaha wajar ini mendapat sambutan baik di kalangan wargakerja untuk mengaudit diri supaya lebih berintegriti di masa hadapan.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791038

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah