2 OKTOBER 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Penanaman Pokok Sepanjang Pantai Batu Burok di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Majlis ini adalah kerjasama antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Yayasan Diraja Sultan Mizan disempurnakan sendiri oleh KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.