Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN KUNCI KEPADA PENYEWA MEDAN SELERA TAMAN BATIN PERDANA, KUALA NERUS

2 Februari 2023 - Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci kepada 11 orang penyewa Medan Selera Taman Batin Perdana, Kuala Nerus telah diadakan  di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Fadhil bin Wahab, Pegawai Penyelaras Dun Seberang Takir merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun Seberang Takir. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Azmal bin Azaddin Ketua Pegawai Operasi, Encik Khalizan bin Mahmud Pengurus Besar Pengurusan Teknikal, Encik Ts. Mohd Zaidi bin Abdul Rahman Pengurus Bahagian Penyenggaraan Harta dan Puan Rosmawati binti Mohd Jamil Pengurus Bahagian Jualan dan Sewaan. 

Objektif pembangunan projek ini adalah bagi membantu penduduk setempat mendapatkan ruang niaga dengan kadar sewa yang berpatutan dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan infrastruktur seperti tandas awam dan taman permainan.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791057

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah