Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA REJIMEN ASKAR WATANIAH

KUALA TERENGGANU, 5 Januari 2023 - Majlis penyerahan sumbangan katil dan tilam serta komputer riba kepada Rejimen 512 Askar Wataniah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Kem Askar Padang Midin, Kuala Terengganu. Majlis tersebut disempurnakan oleh Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Brigedier Jeneral Dato Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Kolonel Kehormat merangkap Pengerusi JAKPAW Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Mejar (Kehormat) Haji Wan Adnan bin Wan Derahman. 

Pihak  Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah menyumbang 400 buah katil dan tilam kepada Rejimen 512 Askar Wataniah dan PMINT telah menyumbang 5 unit laptop, 1 unit printer dan 1 unit projektor sebagai peralatan bantuan mengajar Kursus Brassband Rejimen 512 Askar Wataniah. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah