Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Tradisional Kedah 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh gilang - gemilang. Kejohanan ini disertai oleh sembilan (9) agensi PKEN seluruh negara. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawan Negeri Kedah. Turut hadir YB. Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Exco Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan. Kontinjen PMINT yang diketuai oleh Ir. Ts. Haji Mohd Haslimi bin Ramli @ Mohd Ramli, Chef De Mission tampil garang dengan slogan #winningfairly, telah berjaya memenangi tempat ketiga keseluruhan dengan pecahan sukan - sukan berikut :-
1. Bola Jaring Bendang - TEMPAT KETIGA
2. Futsal Bendang - TEMPAT KEDUA
3. Congkak - TEMPAT KEDUA
4. Sepak Raga Ratus - TEMPAT KEEMPAT
5. Dam Aji - PERINGKAT KUMPULAN
Lebih manis apabila Kontinjen PMINT turut dinobatkan pemenang busana terbaik pada edisi kejohanan kali ini. Pujian wajar diberikan kepada seluruh kontinjen yang telah memberikan sepenuh keringat serta tentangan sengit demi lencana di dada dan prestasi terbaik telah ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atas penganjuran kejohanan ini!