4 Februari 2025 – PMINT dan PETRONAS telah mengadakan Mesyuarat Susulan Jawatankuasa Kerja Kecil Peluang Pelaburan (SWC-Investment Opportunity) yang boleh diterokai oleh Kumpulan PMINT melibatkan PERTIMA dan TADC bersama Petronas melalui Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO ) dengan memberi fokus kepada bisnes berteraskan ‘low-hanging fruit’.
Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kecil Peluang Pelaburan (SWC-Opportunity) Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS Bil. 1/2025 yang telah diadakan pada 15 Januari 2025 yang membincangkan peluang-peluang kerjasama yang boleh diterokai oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS.
Kunjungan hormat oleh PETRONAS diketuai oleh Encik M. Ahmad Shazly bin Ramli (Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur) dan Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah (Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO) serta delegasi. Manakala PMINT diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan), Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian, Pengurus Besar PERTIMA dan Pengurus Besar TADC serta pegawai.
Kedua-dua pihak memberikan respon positif dengan peluang dan potensi perniagaan yang boleh dilaksanakan secara kerjasama bersama.