Produk & Perkhidmatan

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023

KUALA TERENGGANU, 2 Februari 2025 - YBhg. Dato' Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Audit Terengganu.
 
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato’Haji Wan Adnan bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT), YBhg. Dato’Haji Rosli bin Latif, (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu), wakil dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan serta Pegawai PMINT. Turut hadir bersama YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji (Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan)) dan YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin, (Pengarah Audit Kewangan IV) serta YBrs. Encik Mohd Faidzal bin Abu, (Pengarah Audit Negeri Terengganu).
 
Setelah meneliti maklum balas daripada pihak PMINT ke atas Laporan Pemerhatian Audit yang telah diterima dan perbincangan semasa mesyuarat ini, Jabatan Audit Negara berpuas hati dengan penerangan PMINT seterusnya memutuskan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran Dengan Perenggan Hal-Hal Lain diberikan terhadap Penyata Kewangan PMINT bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
 
Tahniah kepada PMINT & semua pegawai yang terlibat.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Isnin 17 Februari 2025, 05:35:06.

Jumlah Pelawat

00833515

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah