Pada 25 & 26 Januari 2025 telah berlangsung Kejohanan Karom Terbuka Terengganu Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT 2025. Lebih 800 peserta telah menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan di Terengganu dengan penyertaan pelbagai latar belakang masyarakat daripada seluruh pelusuk negara.
Kejohanan ini menyaksikan bintang-bintang karom dari seluruh negara berentap merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan keseluruhan berjumlah lebih RM45 ribu.
Juara kategori Perseorangan dirangkul peserta dari Paka Terengganu manakala Juara kategori Beregu dirangkul peserta dari Kelantan.
Kejayaan PMINT menganjurkan kejohanan julung-julung kali diharap menjadi pencetus untuk pertandingan-pertandingan lain di masa akan datang.