Produk & Perkhidmatan

PROGRAM HARI SIHAT PMINT 2025

PROGRAM HARI SIHAT PMINT 2025

KUALA TERENGGANU, 16 Januari 2025 – Program Hari Sihat PMINT 2025 yang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT telah berjaya menarik penyertaan ramai warga kerja PMINT. Turut hadir dalam program ini Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT. Program ini bermula seawal jam 8.15 pagi dengan pendaftaran peserta, dan pemeriksaan kesihatan.
 
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan warga kerja PMINT meliputi pengukuran BMI, tekanan darah, paras gula, dan kolesterol dalam darah di mana keputusan yang diperolehi perlu dimasukkan ke dalam HRMIS masing-masing.
 
Turut dilaksanakan ujian kecergasan termasuk Bleep Test, ujian Push Up dan Sit Up bagi menguji kekuatan stamina dan ketahanan fizikal peserta. Aktiviti diakhiri dengan senamrobik
 
Program ini turut menawarkan hadiah kepada peserta paling fit dalam kategori lelaki dan wanita. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi turut memupuk semangat kecergasan dalam kalangan warga kerja PMINT.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Isnin 17 Februari 2025, 05:35:06.

Jumlah Pelawat

00833524

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah