Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu telah selesai dilaksanakan pada 8 Januari 2025 bertempat di Camelia Ballroom PB Hotel, Kuala Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Y.Bhg. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Puan Zawiah binti Zakaria (Pengurus Besar Khidmat Sokongan), Tuan Haji Fazrul Isham bin Mohd (Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian), Encik Khalizan bin Mahmud (Pengurus Besar Pengurusan Teknikal) Pengurusan Anak Syarikat dan seluruh warga kerja PMINT.
Y.Bhg. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman telah menyampaikan Amanat Tahun Baru 2025 sebagai permulaan majlis. Dalam ucapan amanat, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PMINT dan Kumpulan atas komitmen, keazaman dan kerja keras dalam melaksanakan tugasan dan mengharumkan nama PMINT sepanjang tahun 2024. Pada akhir ucapan perutusan, beliau berharap seluruh warga kerja PMINT dan Kumpulan dapat meningkatkan semangat kezaman dalam membawa PMINT ke satu tahap yang lebih baik. Seterusnya, beliau mengetuai Bacaan Ikrar Akur Janji dan Ikrar Integriti Korporat serta menandatangani ikrar tersebut.
Majlis pada kali ini juga meraikan seorang pesara iaitu Puan Mardiha binti Mat Ali yang bersara pilihan pada 5 Januari 2025. PMINT mengucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa yang dicurahkan sepanjang berkhidmat.
Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada 7 orang penerima Anugerah Warga Kerja Cemerlang bagi Bulan Julai hingga September 2024, 7 orang penerima Anugerah Warga Kerja Cemerlang bagi Bulan Oktober hingga Disember 2024, sumbangan musibah kebakaran, penyerahan voucer hari lahir warga kerja serta pengenalan warga kerja baru ambilan November 2024.