Produk & Perkhidmatan

PROGRAM JOM BERSIH PANTAI

PROGRAM JOM BERSIH PANTAI

PMINT bersama Kumpulan Anak Syarikat seramai hampir 80 orang terdiri daripada warga kerja PMINT, Pertima Trengganu Sdn Bhd, Permint Minerals Sdn Bhd, Permint Granite Sdn, Bhd, TADC Sdn Bhd, TTI Management Sdn Bhd, Cas Ligas Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, PMINT Urus Sdn Bhd dan PB Hotel Management Sdn Bhd bersama-sama menjayakan Program Bersih Pantai Monsun Terengganu pada 4 Januari 2025 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Program anjuran Pejabat Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ini menghimpunkan hampir 850 orang peserta melibatkan 2 pantai iaitu Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus. Program ini bukan melibatkan Jabatan Kerajaan, ianya turut melibatkan syarikat GLC Negeri, NGO, Institusi Pendidikan dan masyarakat setempat dalam sama-sama memelihara kebersihan dan keindahan pantai dalam memastikan pantai tersebut kekal sebagai tarikan utama pelancong ke Ngeri Terengganu.

Turut hadir pada program tersebut di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu ialah YB Datuk Razali Idris (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu), YB Hajah Zuraida binti Md Noor (ADUN Ladang) dan Dato’ Haji Rosli bin Latif (Datuk Bandar, MBKT).

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Isnin 21 April 2025, 03:38:36.

Jumlah Pelawat

00850604

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah