Produk & Perkhidmatan

PROGRAM PELITA RAYA TERENGGANU (PELITER@KSNT 2025)

PROGRAM PELITA RAYA TERENGGANU (PELITER@KSNT 2025)

KUALA NERUS, 16 Mac 2025 – Program Pelita Raya Terengganu 2025 (Peliter@KSNT 2025) melabuhkan tirai dengan gilang gemilang selepas berlangsung selama 4 malam berturut-turut bermula 13 Mac yang lalu di Perkarangan Tasik, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
 
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Pelita Raya Terengganu yang melibatkan dua kategori (kategori Pejabat Daerah dan kategori Jabatan / Agensi & GLC). Turut hadir pada majlis tersebut, Tuan Haji Fazrul Isham bin Mohd (Ketua Pegawai Korporat), Pengurus Besar TTI Management Sdn Bhd dan Pengurus Besar PB HoteL Management Sdn Bhd.
 
Kumpulan PMINT (PMINT & 9 buah Anak Syarikat) antara agensi yang menyertai bagi memeriahkan program dan bertanding bagi kategori Jabatan/Agensi & GLC. Alhamdulillah dengan penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil dengan memperolehi tempat ke-3. Ianya satu kejayaan luar biasa bagi Kumpulan PMINT.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan komitmen sepanjang program berlangsung sehingga Kumpulan PMINT memperolehi kejayaan.
Pemenang bagi kedua-dua kategori adalah sebagaimana berikut:
 
KATEGORI PEJABAT DAERAH
1. JOHAN – Pejabat Daerah Kuala Nerus
2. NAIB JOHAN – Pejabat Daerah Kemaman
3. TEMPAT KETIGA – Pejabat Daerah Kuala Terengganu
 
KATEGORI JABATAN / AGENSI & GLC
1. JOHAN – Lembaga Muzium Negeri Terengganu
2. NAIB JOHAN – Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
3. TEMPAT KETIGA – Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu ( Kumpulan PMINT)
 
 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 15 Jun 2025, 06:31:50.

Jumlah Pelawat

00861979

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah