Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN, AMANAT GCEO, PENYERAHAN CENDERAHATI PENAJAAN & MAJLIS SIDANG MEDIA SUKAN GEMAPUTERA XVI TERENGGANU 2022

14 November 2022 (Isnin) - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen, Amanat GCEO, Penyerahan Cenderahati Penajaan & Majlis Sidang Media Sukan GEMAPUTERA XVI Terengganu 2022 bertempat di Dewan Besar Tingkat 3 Menara PMINT.

Hadir bersama dalam majlis ini Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT merangkap Yang Dipertua GEMAPUTERA Malaysia, Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT merangkap Pengerusi Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XVI Terengganu 2022, En Rozmi bin Muji, CDM Kontinjen PMINT, Pengurus Besar PMINT, Pengurus Besar Syarikat Anak selaku syarikat angkat kepada pasukan bertanding, para penaja, barisan urusetia kejohanan dan atlet-atlet Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022.

 Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat daripada Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman yang begitu padat dan bersemangat  dimana beliau berharap agar penganjuran kali ini berlangsung dengan lancar dan memberi kejayaan yang cemerlang kepada kontinjen PMINT pada kejohanan kali ini.Majlis diteruskan lagi dengan simbolik perarakan  membawa masuk Piala Juara Keseluruhan Kejohanan dan Pingat rasmi kejohanan sebagai gimik pelancaran Sukan GEMAPUTERA XVI Terengganu 2022.

 Majlis pada kali ini juga turut meraikan 20 rakan penaja yang bersama dalam menyokong Sukan GEMAPUTERA kali ini. Penghargaan & terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada  penaja-penaja lain yang turut sama menjayakan kejohanan pada kali ini.

Kemuncak majlis diteruskan dengan bacaan ikrar kontinjen yang diketuai oleh En Nazrihisyam bin Ibrahim bersama atlet-atlet PMINT yang akan bertanding. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai bertugas, syarikat – syarikat PMINT, rakan-rakan penaja, rakan-rakan media, atlet-atlet serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis hari ini.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791064

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah