Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PENGUNDIAN LOT & PENYERAHAN KUNCI RUMAH PANGSA MAMPU MILIK PULAU REDANG, KUALA NERUS

Kuala Nerus, 26 September 2022 – Telah berlangsungnya Majlis Pengundian Lot & Penyerahan Kunci Rumah Pangsa Mampu Milik Pulau Redang di Dewan Serbaguna di Tapak Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Pulau Redang, Kuala Nerus yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Seramai 88 orang penerima telah menerima kunci rumah bagi projek perumahan ini.

RPMM Pulau Redang ini terdiri daripada 4 blok Pangsa yang mempunyai 160 unit rumah dan setiap blok mempunyai 5 Tingkat. Rumah ini juga dilengkapi 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air dengan keluasan 750 Kps bagi seunit rumah. Rumah ini berharga RM 68,000 seunit dengan kadar bayaran balik RM229.40 (termasuk yuran pengurusan RM40.00) sebulan selama 30 tahun.  

Majlis Pengundian Lot telah diadakan pada 24 September 2022 ini dimulakan dengan taklimat oleh Penolong Pengurus Bahagian Perumahan RAKR, Encik Sheikhul Insan bin Ismail@Ali dan Encik Azrul Affandy bin Jusoh iaitu Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Pembangunan) dari SUK Perumahan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan kunci rumah pada 26 September 2022 yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Majlis ini telah selesai pada jam 1 tengahari.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791060

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah